Permaisuri Johor lawat mangsa banjir

0
2

PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah berkenan berangkat ke daerah Kluang, hari ini bagi melawat mangsa yang terjejas akibat bencana banjir di daerah berkenaan.

Baginda berkenan berangkat ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana yang menempatkan lebih 400 mangsa dan Sekolah Agama Kampung Sri Tengah 01, yang menempatkan 76 mangsa.

Dalam satu hantaran di laman Facebook The Royal Johor, Tuanku Raja Zarith dilaporkan meluangkan masa dengan bertanya khabar dan memberikan semangat kepada mangsa, seain turut mengurniakan sumbangan.

Hadir sama mengiringi Baginda, isteri Setiausaha Kerajaan Johor, Puan Sri Dr Noor Azizah Abd Latiff; Pegawai Daerah Kluang, Jamaludin A Hamid serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Khairin Nisa Ismail.

Sehingga jam 4 petang tadi, sebanyak lima lagi daerah di Johor selain Kluang yang dilanda banjir iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Muar dan Batu Pahat, menjejaskan 4,382 penduduk daripada 1,218 keluarga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here