PDRM komited pastikan keselamatan terpelihara musim perayaan

0
2

POLIS Diraja Malaysia (PDRM)sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan keamanan negara sentiasa terpelihara khususnya pada musim perayaan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sempena musim perayaan ini, bagi mereka yang merancang meninggalkan kediaman masing-masing, pastikan langkah-langkah keselamatan diberi perhatian yang sewajarnya.

“Pastikan juga kenderaan telah diselenggara dengan baik dan memandulah dengan berhemah serta patuhi peraturan keselamatan jalan raya yang ditetapkan, agar selamat sampai ke destinasi dituju,” katanya menerusi perutusan Tahun Baharu Cina.

Sementara itu Acryl Sani berharap dengan kedatangan tahun baharu Cina ini, ia akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan masing-masing di samping menyuburkan rasa hormat-menghormati sesama kaum.

“Suka juga saya menyeru kepada seluruh rakyat untuk sama-sama mengekalkan perpaduan dalam integrasi masyarakat berbilang kaum yang menjadi kunci utama kepada keharmonian dikecapi hari ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here