‘Ada yang masih berani dan waras dalam Umno’ – KJ

0
2

TINDAKAN dua ahli Umno menghantar notis bantahan usul tambahan pada Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU2022) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) disifatkan sebagai berani.

Bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan mereka itu juga menunjukkan masih ada ahli yang waras dalam parti.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau yakin ROS akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung usul dibuat wakil Rembau pada PAU2022.

“Well done (bagus) guys. Ada yang masih berani dan waras dalam Umno.

“Saya yakin dengan kredibiliti ROS untuk buat semakan terhadap usul Rembau di PAU,” katanya menerusi Instastory miliknya hari ini.

Terdahulu, Ahli Umno Terengganu, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli Umno Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom menghantar notis bantahan kepada ROS hari ini.

Notis itu diterima Ketua Pengarah ROS, Mohd Nawardi Saad di pejabatnya pada pukul 11.30 pagi.

Mereka berkata, usul tambahan berkaitan dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan yang diluluskan pada PAU2022 tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan Umno.

Sabtu lalu, perwakilan PAU2022 meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan menerusi pungutan suara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here