Fadillah nafi terlibat pelaburan patuh syariah

0
1

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, menafikan terbabit dalam pelaburan patuh syariah seperti disebar menerusi poster yang tular di media sosial.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, poster berkenaan adalah palsu dan tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak menggunakan gambarnya bagi tujuan berkenaan.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak terlibat dengan pelaburan berkenaan dan saya tidak pernah memberi izin kepada mana-mana pihak untuk menggunakan gambar saya.

“Saya telah mengarahkan pegawai khas saya di Pusat Khidmat Petra Jaya untuk membuat laporan polis mengenai penyebaran poster berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, poster palsu sama pernah disebarkan melalui media sosial tahun lalu dan laporan polis dibuat pada 3 September 2022. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here