Armand Azha akan cabar Asyraf Wajdi

0
1

KETUA Umno Bahagian Subang, Datuk Armand Azha Abu Hanifah mengesahkan akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti kali ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata Umno adalah sebuah parti demokrasi dan beliau menyerahkan nasibnya kepada parti dalam pemilihan itu kelak.

“Bukan ura-ura…Betullah itu akan bertanding. Sebab Umno sebuah parti demokrasi.

“Jadi sama ada saya menawarkan diri atau tidak…berjaya atau tidak…kita serahkan kepada para perwakilan.

“Jika merasakan saya layak…saya sentiasa terbuka, kalau rasa saya tak layak…saya tetap menawarkan diri kerana ini sebuah parti demokrasi,” katanya yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia ketika ini dipegang oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu, bercakap mengenai sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno wajar tidak dipertandingkan dalam pemilihan kali ini, beliau menyerahkannya kepada perwakilan dan Majlis Tertinggi untuk membuat ketetapan mengenainya.

“Saya tidak boleh melebihi atau mendahului keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Tertinggi, kerana inilah sebagai seorang yang berpegang kepada konsep institusi dan kesatuan jadi saya perlu berpegang kepada keputusan rasmi parti.

“Jadi saya tunggu pada Mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan diadakan pada malam ini sama ada keputusan itu akan dibuat atau tidak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here