Puteri Sarah nekad mahu failkan perceraian

0
2
puteri sarah syamsul yusof

PELAKON, Puteri Sarah Liyana nekad dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Syamsul Yusof.

Pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu menganggap mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah, walaupun Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengannya.

“Segala kemusnahan sudah dilakukan oleh Syamsul. Saya akan failkan perceraian,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Ditanya mengenai kenyataan Syamsul yang menagkui kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan isteri pertamanya itu, Puteri Sarah menjelaskan segala persoalan sudah dijawab sebelum ini.

“Semua dah dijawab,” katanya.

Terdahulu, Syamsul mendakwa dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.

Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here