PAU 2022 medan pulihkan semangat – Zahida

0
2

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) 2022 yang bermula hari ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, disifatkan sangat penting oleh Ketua Puteri Umno Datuk Zahida Zarik Khan.

Menurutnya, ia adalah medan untuk memulihkan semula semangat dan ruang bagi memperbaiki segala kelemahan parti berkenaan.

“Ini adalah Perhimpunan Agung Umno pertama pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas.

“Pastinya PAU 2022 ini amat penting bagi kita semua untuk dijadi medan pulihkan semula semangat dan ruang perbaiki segala kelemahan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Beliau berkata, kekalahan yang lalu juga perlu dijadikan sebagai pengajaran yang menginsafkan, namun perjuangan mesti diteruskan demi agama, bangsa dan negara.

“Perjuangan tidak pernah tamat. Sama-sama kita rapatkan saf, kukuhkan perpaduan sesama kita. Demi agama, bangsa dan negara.

“Selamat Bersidang kepada para pejuang parti dari seluruh negara.Hidup Umno!” katanya.

PAU 2022 yang membuka tirai hari ini, akan melaksanakan beberapa pembaharuan termasuk mengadakan Taklimat Presiden Khas.

Selain itu, PAU 2022 yang berlangsung selama empat hari sehingga Sabtu ini hanya akan disertai komponen Barisan Nasional (BN) dan ‘Friends of BN’ berbeza dengan sebelum ini yang turut dihadiri duta asing.

Mesyuarat Agung Khas dalam Perhimpunan Agung juga dijadualkan diadakan pada jam 11.30 pagi Jumaat ini, yang akan dihadiri oleh Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here