Tidak rela dimadu, Puteri Sarah minta dilepaskan

0
2

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami, Syamsul Yusof hampir sampai ke penghujungnya apabila aktres itu menyatakan hasrat mahu menamatkan ikatan perkahwinan mereka.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Puteri Sarah memberitahu dia tidak rela bermadu dengan Ira Kazar dan meminta Syamsul melepaskannya.

Ibu dua anak itu juga menzahirkan rasa kesal kerana sehingga kini Syamsul masih ‘menyekatnya’ dan tidak mahu berbincang menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

“Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak ‘block’ saya sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang.

“Saya minta lepaskan saya kerana saya tidak rela dimadu dan awak seorang suami yang narcissistic.

“Kami layak yang lebih baik,” tulisnya yang turut memuat naik foto bersama dua anaknya.

Pagi tadi, Syamsul memuat naik gambar pernikahannya dengan Puteri Sarah dan Ira Kazar yang meminta kedua-dua isterinya bersabar dan bertenang.

Hantaran ringkas itu dibuat selepas hampir seminggu kisah rumah tangganya menjadi perhatian media termasuklah menerima kecaman pelbagai pihak.

Puteri Sarah dalam hantaran balas menerusi Instastory membidas kenyataan Syamsul dengan mengatakan, orang jahil sentiasa akan mempamerkan kejahilannya.

Malah, tulisnya, dia kecewa dengan tindakan suaminya kerana akan memberi kesan kepada anak-anak.

Jumaat lalu, Syamsul menggemparkan peminat apabila membuat pengakuan melalui video dirinya sudah bernikah dengan aktres, Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here