Sultan Selangor bimbang kapal TLDM berusia

0
2

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aset keselamatan negara khususnya kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berusia dan perlu ditukar.

Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut (PTL) Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lalu.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku kapten Yang Dipertua tentera laut bertitah, pertukaran aset yang telah berusia itu perlu dilakukan demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga.

Khamis lalu, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Mohd Reza sempena persaraan beliau, di Istana Bukit Kayangan.

Beliau dilantik sebagai PTL pada 30 November 2018 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya, pada 23 Januari ini.

Mohd Reza turut merafak sembah memperkenalkan Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob yang bakal menggantikan beliau sebagai Panglima Tentera Laut ke-18. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here