Kebebasan badan kehakiman tidak terjejas jika tiada tekanan

0
1
https://politikcermai.blogspot.com/2021/01/ketua-hakim-negaratun-tengku-maimun.html

KEBEBASAN badan kehakiman tidak akan terjejas selagi kes diputuskan tanpa rasa takut, tiada pilih kasih, niat jahat atau tekanan luaran mahupun dalaman.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tun Mat, berkata jika setiap hakim komited kepada prinsip ini, beliau yakin prinsipal kebebasan kehakiman dapat ditegakkan.

Beliau berkata, mengambil sistem keadilan jenayah sebagai contoh, mahkamah bukan satu-satunya pihak yang memberikan keadilan.

“Badan Kehakiman turut dibantu oleh pendakwaan iaitu Jabatan Peguam Negara dan Badan Peguam.

“Mereka masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza tetapi tidak kurang pentingnya untuk mengekalkan standard profesional di mana nyawa dan kebebasan dipertaruhkan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Tengku Maimun berkata, liabiliti jenayah akan terus ditentukan mengikut undang-undang yang terpakai dan kekuatan bukti yang dikemukakan di hadapan mahkamah.

“Mereka yang terbukti bersalah akan disabitkan, kemudian dikenakan hukuman sewajarnya, tidak lebih dan tidak kurang manakala jika keadaan sebaliknya berlaku, mereka akan dibebaskan.

“Ini adalah tugas kita sebagai hakim dan kami berazam untuk melaksanakan kewajipan tanpa mengambil kira ancaman yang dibuat untuk menghalang kita daripadanya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here