Syarikat Thailand teroka pasaran kenderaan elektrik di Malaysia

0
1

ENERGY Absolute, peneraju tenaga boleh baharu dan syarikat terkemuka dalam industri teknologi hijau di Thailand menyatakan hasrat untuk meneroka pasaran Malaysia.

Hasrat itu dinyatakan delegasi dari Thailand diketuai Somphote Ahunai yang mewakili Energy Absolute Malaysia Sdn Bhd ketika membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri hari ini.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, Energy Absolute mempunyai kekuatan modal pasaran sebanyak THB 380 bilion bersamaan RM45 bilion.

Katanya, mereka ingin meneroka pasaran Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip seperti mendukung, melabur dan mengangkat projek pemicu (pilot project) yang akan berkolaborasi dengan Computer Forms Malaysia Berhad (CFM).

Tambahnya, ia untuk membangunkan industri teknologi hijau di Malaysia, pemindahan teknologi kenderaan elektrik (EV) ke Malaysia, membina kilang pembuatan dan bekalan EV.

“Ini khususnya dalam sektor pengangkutan seperti bas elektrik, bas sekolah elektrik, bot elektrik, motosikal elektrik, bateri EV, kereta api elektrik, kereta mobil elektrik dan lain-lain dengan nilai RM5 billion.

“Sebagai anggota Komuniti Ekonomi ASEAN, dengan budaya dan warisan hampir sama, kerjasama Malaysia dan Thailand terus kukuh dengan semangat kejiranan tinggi dan kerjasama di pelbagai lapangan yang relevan,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here