Anwar kena jelaskan pelantikan Farhash sebagai pengerusi dua syarikat besar

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=103597771167222&set=ecnf.100045509978518

PELANTIKAN Farhash Wafa Salvador sebagai Pengerusi 7-Eleven disifatkan bertentangan dengan tata kelola yang baik dan memburukkan lagi pertalian perniagaan-politik di Malaysia.

Perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor yang berkata, Farhash juga telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Apex Equity, minggu lepas.

Tegasnya, pelantikan Farhash, bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan besar itu selepas Ahli Parlimen Tambun tersebut dilantik Perdana Menteri, bertentangan dengan prinsip tata-kelola yang baik, selain tindakan jijik dan dipandang serong.

“Merujuk pelantikan Farhash Wafa Salvador, sebagai pengerusi rantaian 7-Eleven kepunyaan Vincent Tan serta pelantikannya sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan Apex Equity.

“Kesemua ini berlaku dalam masa sebulan lebih sahaja setelah Anwar dilantik Perdana Menteri. Ia adalah pengetahuan umum bahawa Farhash adalah sekutu rapat Anwar dan juga bekas setiausaha politik beliau.

“Mana pergi janji-janji dilaungkan Pakatan Harapan untuk tata-kelola yang baik dan integriti dalam mentadbir negara? “Pelantikan Farhash bukti bahawa agenda “reformasi” dilaungkan PH dan Anwar sekian lama adalah bohong dan taktik politik untuk memperdaya pengundi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, Khlir menyeru Anwar agar tidak terus membisu dalam isu jawatan baru Farhash sekali gus menjelaskan kepada rakyat berhubung konsep reformasi dan tata kelola yang baik.

“Majlis Pimpinan Tertinggi PH, yang selama ini mencanangkan nilai-nilai ini bertahun-tahun semasa menjadi pembangkang, juga wajib menjelaskan pendirian mereka atas jawatan-jawatan Farhash ini.

“Paling penting, apakah Anwar selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, akan beritahu rakyat jika ada lagi pelantikan seperti ini, sama ada melibatkan Farhash atau sekutu rapat Anwar yang lain, yang bakal diumumkan?” soalnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here