PM hadir program Munajat Ambang Tahun Baharu

0
1

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini menghadiri program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 yang diadakan di Masjid Putra di Putrajaya malam ini.

Beliau yang tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 6.20 petang tadi, turut solat maghrib berjemaah dengan kira-kira 2,000 jemaah di Dewan Solat Utama Masjid Putra.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar.

Solat Maghrib dan solat hajat diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali, disusuli bacaan yasin dan doa selamat.

Perdana Menteri memberi ucapan amanat khas pada jam 8 malam yang disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menunaikan solat Isyak pada 8.30 malam. – Malaysiapost

Foto : Ihsan Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here