Jom meriahkan Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama PM

0
2

UMAT Islam di Malaysia dijemput memeriahkan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Putra Putrajaya, esok.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, memaklumkan program berkenaan akan bermula jam 6.30 petang dan dijangka berakhir jam 9 malam.

“Pengisian malam tahun baharu 2023, JAKIM ingin menjemput semua muslimin dan muslimat bersama ahli keluarga kita meriahkan Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertempat di Masjid Putra.

“Pelbagai pengisian acara disajikan untuk kita semua. Kita jumpa di sana, insya-Allah,” menurut hantaran itu.

Jemputan itu turut dikongsi di laman Facebook Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Antara pengisian program adalah solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat selain ucapan Amanat Khas Perdana Menteri sempena tahun baharu yang akan disiarkan secara langsung di RTM jam 8 malam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here