Fahmi arah siasat dakwaan kebocoran data lebih 13 juta pengguna.

0
2

PIHAK Cyber Security Malaysia (CSM) dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) diminta menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dakwaan berlaku kebocoran data peribadi lebih 13 juta pengguna.

Kebocoran data berkenaan didakwa membabitkan maklumat daripada Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, berkata dakwaan berkenaan adalah perkara serius kerana membabitkan jumlah data yang banyak.

“Saya akan minta CyberSecurity Malaysia, JPDP siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang,” katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap dakwaan terbabit yang dikongsikan seorang pengguna Twitter.

Berdasarkan perkongsian itu kebocoran data berkenaan dikesan di satu forum ‘dark web’ yang dimuat naik pengguna akaun bernama ‘Nimori’ bertujuan menjual maklumat berkenaan pada 25 Disember lalu.

Data yang dijual itu didakwa membabitkan 3.5 juta pengguna Astro, 1.8 juta pengguna Maybank dan 7.2 juta maklumat daripada SPR.

Kebocoran data berkenaan membabitkan, nama pengguna, tarikh lahir, alamat dan no telefon pengguna. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here