Wanita hamil 6 bulan ‘mengidam’ lakukan rompakan ditahan

0
1

SEORANG wanita mengandung enam bulan ditahan polis selepas dipercayai cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh, Melaka, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata hasil maklumat orang awam suspek berusia 35 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 5 petang di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah kelmarin.

“Hasil soal siasat, suspek merupakan seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta dan mempunyai pendapatan lumayan.

“Suspek sedang hamil enam bulan dan dia mendakwa melakukan perbuatan itu selepas didorong oleh perasaan untuk mencuba melakukan perkara ekstrem,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman selama empat hari sehingga 27 Disember ini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan iaitu cubaan merompak menggunakan senjata,” katanya.

Terdahulu, satu klip video tular memaparkan wanita berjubah hitam dan memakai pelitup muka mengacukan pisau kepada pekerja kedai emas.

Dia kemudian meminta pekerja terbabit memasukkan barangan kemas ke dalam beg galas dibawanya, namun tindakan itu tidak berjaya apabila seorang daripada pekerja kedai emas itu menyedari kejadian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here