Seorang anggota pasukan SAR pengsan akibat dehidrasi

0
1

CUACA panas terik di lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highland menyebabkan seorang anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pengsan.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengesahkan seorang anggotanya telah pengsan ketika bertugas di kawasan ‘red zone’ dipercayai akibat mengalami dehidrasi.

“Cuaca yang panas terik telah mengakibatkan seorang anggota APM telah tumbang dan dikejarkan untuk mendapatkan rawatan segera,” menurut agensi berkenaan dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Operasi SAR seorang kanak-kanak lelaki mangsa kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm yang masih hilang diteruskan bermula jam 7.30 pagi tadi, yang memasuki hari kesembilan.

Seramai 80 anggota yang terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), APM, dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) dikerahkan dalam operasi SAR hari ini.

Seramai 92 individu terbabit dalam tragedi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Gohtong Jaya pada 2.42 pagi 16 Disember lalu, dengan 61 mangsa berjaya diselamatkan, 30 disahkan terkorban dan seorang lagi masih hilang. – Malaysiapost

Kredit foto: FB APM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here