Rafizi jadi bahan troll gara-gara nasihat jangan makan ayam jika ayam mahal

0
1

MENTERI Ekonomi Rafizi Ramli kini menjadi bahan kecaman (troll) netizen susulan kenyataannya yang mengatakan, pengguna patut kurangkan makan ayam sekiranya harga ayam terlampau mahal.

Video rakaman sidang media Ahli Parlimen Pandan itu yang memaparkan kenyataan mengenai isu kekurangan bekalan ayam kini tular di media sosial sejak semalam.

Antara yang turut menjadikan kenyataan itu sebagai ‘bahan’ adalah pengendali laman Facebook bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pengendali berkenaan mendakwa kecaman yang diterima Rafizi itu adalah sama dengan kenyataan “Jika kangkung mahal, jangan makan kangkung” yang dibuat Najib berhubung isu harga barang ketika beliau menerajui kerajaan sebelum ini.

“Jika kangkung mahal, jangan makan kangkung. Kenapa tak puji kerajaan bila harga kangkung jatuh?

“Dulu pun, Najib nak terangkan perkara-perkara ini dari segi ekonomi kepada rakyat agar rakyat lebih faham tapi kena troll dengan mereka bertahun lamanya,” menurut hantaran di laman Facebook Najib Razak, hari ini.

Rafizi turut disindir mengenai susahnya menjadi kerajaan dalam membuat segala langkah atau formula untuk menyelesaikan dalam pelbagai isu.

“Bukan mudah bila jadi kerajaan, ya?” sindirnya.

Dalam sidang medianya semalam, Rafizi berkata pengguna perlu berperanan untuk menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual lebih mahal berbanding sebelum ini.

Menurutnya, jika pengguna tidak membeli produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here