Mangsa banjir di Terengganu menurun

0
1

JUMLAH mangsa banjir di Terengganu terus merekodkan penurunan iaitu kepada seramai 15,243 orang berbanding 18,958 orang pada jam 10 malam tadi.

Setakat jam 8 pagi tadi, sebanyak 112 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka bagi menempatkan 4,182 keluarga terjejas banjir di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Hulu Terengganu mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,431 orang melibatkan 1,150 keluarga.

“Semua mereka ditempatkan di 26 PPS yang dibuka sejak hari pertama banjir melanda daerah itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, seramai 759 keluarga melibatkan 2,988 mangsa yang terjejas banjir di Kuala Nerus kini berlindung di 14 PPS dan sebanyak 21 PPS masih dibuka di Dungun dan 2,604 mangsa dari 666 keluarga ditempatkan di sana.

Sementara itu, seramai 2,138 penduduk melibatkan 567 keluarga di Besut masih di 30 PPS dan di Kemaman sebanyak empat PPS dibuka bagi menempatkan 502 keluarga melibatkan 1,970 penduduk.

Jelas kenyataan itu, penduduk Kuala Terengganu masih terkesan banjir dengan seramai 1,811 mangsa daripada 490 keluarga kini berlindung sementara di 10 PPS.

“Sebanyak enam PPS masih beroperasi di Setiu bagi menempatkan 225 mangsa, manakala Marang pula, hanya 76 mangsa terdiri daripada penghuni sebuah madrasah masih tinggal di sebuah PPS,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here