Bercuti ke luar negara ketika banjir bukan keputusan baik – Zahid

0
1

BERCUTI ke luar negara bukanlah keputusan terbaik ketika rakyat sedang berdepan kesusahan.

‘Teguran’ itu diberikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, tindakan bercuti ke luar negara tidak sepatutnya dilakukan kerana ramalan banjir sudah boleh dijangka lebih awal.

“Banjir boleh dijangka khususnya pada musim tengkujuh di Pantai Timur kerana perubahan monsun yang melibatkan faktor semula jadi dan geografi.

“Maka, mana-mana pihak perlu lebih bersedia menghadapinya. Bercuti ke luar negara misalnya bukanlah keputusan terbaik ketika rakyat yang memilihnya dahulu ditimpa musibah,” katanya dalam Facebook, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan kekesalannya dan memohon maaf kerana tidak dapat bersama rakyat negeri itu ketika mereka berdepan banjir yang kritikal.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa kesal tak terhingga kerana saya tak dapat bersama mangsa banjir di lapangan terutama untuk tempoh 18 hingga 21 Dis.

“Saya tidak boleh memberi apa-apa alasan dan faham walau apa jua penjelasan yang saya berikan, penjelasan saya sudah tentu tidak bermakna apa-apa kerana ia tidak dapat membetulkan keadaan serta ketiadaan di negeri sebelum ini,” katanya pada sidang media, semalam.

Jelas Dr Samsuri, beliau mengambil keputusan ke luar negara selepas mendapati berlaku tanda penurunan situasi banjir di Terengganu, namun tempoh kemuncak bencana berlaku ketika ketiadaannya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here