2 bot karam akibat hujan lebat

0
1

Ben Ibrahim

SEORANG nelayan terpaksa menanggung kerugian apabila dua bot miliknya karam dalam kejadian hujan lebat hujung minggu lalu.

Mat Sokri Khalid, 55, berkata dua bot miliknya itu diikat pada jeti berhampiran Sungai Balok, Kuantan dan disedari karam selepas dimaklumkan rakan.

“Bot ini saya gunakan untuk keluar menangkap ikan di pesisir pantai berhampiran.

“Adakalanya saya sewakan kepada kaki pancing dan ia menjadi sumber pendapatan sampingan kepada saya,” katanya ketika ditemui hari ini.

Mat Sokri berkata, satu daripada bot miliknya itu masih boleh diselamatkan manakala sebuah lagi mungkin mengalami kerosakan teruk.

Katanya, kos untuk membaik pulih bot itu dijangka mencecah ribuan ringgit dan dia tak pasti bila dapat membaiki bot terbabit.

“Sebelum ini pun saya pernah mengalami kerugian kira-kira RM40,000 akibat bot karam, tapi saya harap kali ini tidaklah seteruk itu (kos) baik pulih,” katanya.

Mat Sokri adalah antara 70 nelayan tradisional di Sungai Balok yang sentiasa berada dalam dilema setiap kali musim tengkujuh.

Ini kerana fenomena air pasang besar bukan saja boleh mengakibatkan bot yang mereka letak di jeti itu rosak, tapi turut berisiko karam hingga mengakibatkan mereka menanggung kerugian besar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here