Tak pakai tali leher, Shahidan dakwa tiru tindakan Singapura, Israel

0
1

DATUK Seri Shahidan Kassim menyifatkan etika kod pemakaian Ahli Parlimen yang dibenarkan tidak memakai tali leher, mirip etika kod pemakaian Ahli Parlimen di Singapura dan Israel.

Ahli Parlimen Arau dari Perikatan Nasional (PN) itu berkata, kedua-dua negara itu membenarkan Ahli Parlimen tidak memakai tali leher ketika sidang Parlimen masing-masing.

Shahidan menyindir Ahli Parlimen di blok kerajaan yang tidak memakai tali leher ketika sidang Parlimen berlangsung.

“Speaker dan kami semua (PN) tertib (kerana memakai tali leher), puak-puak ini saya tak tahu.

“Jadi saya minta Yang Berhormat (Speaker), tolong buat perbandingan sedikit,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan berkata, kebanyakan negara lain masih menetapkan pemakaian tali leher seperti kepada Ahli Parlimen.

Terdahulu, Johari mencelah dengan berkata, banyak negara Arab membenarkan tali leher tidak dipakai ketika persidangan Parlimen.

Bagi M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) pula menyifatkan keputusan Johari membenarkan Ahli Parlimen tidak memakai tali leher ketika persidangan, wajar dipuji.

Beliau turut berharap etika kod pemakaian itu diteruskan dalam sidang Parlimen akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here