Pengarah Bomba Selangor diserang minor strok

0
2

PENGARAH Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dimasukkan ke Hospital Selayang akibat minor strok, hari ini.

Beliau dimasukkan ke hospital jam 6 petang tadi akibat keletihan dan minor strok selepas empat hari terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) tanah runtuh dijalankan di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

JBPM Selangor dalam kenyataan berkata, keadaan beliau terkawal dan masih sedarkan diri.

“Operasi mencari mangsa tetap dijalankan. Sama-samalah kita berdoa semoga kesihatan beliau kembali pulih,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan operasi mencari sembilan lagi mangsa tanah runtuh yang masuk hari keempat, masih belum menemui perkembangan terbaharu.

Sehingga jam 6.30 petang tadi, sembilan mangsa masih belum ditemui di lokasi pencarian seluas 54,451 meter persegi itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here