Muhyiddin masih tidak ‘move on’ – Razlan Rafii

0
2
KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER 2015. Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii pada sidang selepas Mesyuarat Pemuda UMNO Wilayah di Pejabat UMNO Bahagian Seputeh. NSTP/Abdullah Yusof

TAN Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan agar berhenti berjuang dengan sikap tamak dan belajar menghormati parti lawan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Mohd Razlan Rafii

Beliau berkata, sejak dari awal pemimpin Perikatan Nasional (PN) adalah yang menolak akta Lompat Parti dan Muhyiddin adalah diantara yang terlibat untuk mengagalkannya.

“Perjanjian MOU semalam adalah antara perkara yang terbuka dan bagi menjelaskan kepada rakyat tujuan dan apakah hala tuju Kerajaan ini selama lima tahun.

“Ianya juga adalah perkara yang perlu dihormati bagi setiap Parti yang menangotai Kerajaan Perpaduan ini.

“Ideologi politik setiap parti dalam gabungan tidak semua sama, justeru itu, perkara yang asas adalah mencari jalan tengah agar ianya jelas didalam apa jua keputusan yang akan diambil selama pemerintahan YAB Perdana Menteri,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mohd Razlan berkata, Umno tidak mahu lagi ada perjanjian sulit yang terjadi seperti antara Muhyiddin dan kerajaan Keluarga Malaysia.

“Kuasa yang diberi kepada kerajaan untuk membina negara dan kepentingan Rakyat, ianya bukan barang dagangan untuk dijual beli demi kepentingan Ahli Parlimen yang tamakkkan kuasa.

“Setiap Ketua Parti yang menandatangani MOU (perjanjian persefahaman) ini membawa suara keseluruhan Ahli yang bekerja untuk memenangkan seorang Ahli Parlimen bagi mewakili Parti,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menyifatkan MoU lima gabungan politik dalam Kerajaan Perpaduan yang ditandatangani semalam, membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin mampu meraih sokongan majoriti Ahli Parlimen pada sidang khas Dewan Rakyat, Isnin ini.

Beliau berkata, yang memaksa Ahli Parlimen mengosongkan kerusi sekiranya tidak menyokong Perdana Menteri, tidak pernah dilihat dalam mana-mana bentuk persefahaman atau undang-undang sebelum ini.

Katanya, beliau telah mendengar pandangan daripada kumpulan peguam dan mendakwa MoU yang dimeterai semalam adalah tidak berperlembagaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here