Isteri kendong suami OKU turun naik tingkat 4 bagi dapatkan rawatan

0
1

KETABAHAN seorang wanita menggendong suaminya yang juga orang kurang upaya (OKU) mengundang perhatian warga maya selepas video mereka tular di laman TikTok, baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik seorang aktivis Hamsatul Hamzah, wanita yang dikenali sebagai Cikgu June dirakam mengendong suaminya ketika menuruni tangga rumah pangsapuri.

Dalam ruangan kapsyen, dinyatakan bahawa rutin tersebut terpaksa dilakukan setiap kali suami wanita itu ingin mendapatkan rawatan susulan di hospital.

Sehubungan itu, Hamsatul dengan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Kuala Langat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban pasangan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan kepada pasangan itu agar terus kuat mengharungi keperitan hidup dan berharap ada lagi pihak-pihak yang tampil menghulurkan bantuan.

“Ya Allah.. berilah kekuatan kepada isterinya untuk menjaga suami OKU. Besar pahala kakak ini,” kata Ukthi Hasliza.

“Semoga segala kesulitan diganti dengan kesenangan dan kemudahan dalam segala hal, Amin,” ujar Aisyah Amelia.

“Minta-minta Ustaz Ebit Lew dapat tolong pasangan ini. Dapat pindahkan rumah bawah dan selesa. Mudah mudahan,” kata Mimyn.

Semakan Malaysiapost mendapati video itu kini mendapat tontonan lebih 260,000 dan 18,000 tanda suka pengguna TikTok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here