‘Bila tiba masanya saya akan pakai tudung semula ’ – Emma Maembong

0
1

PELAKON Emma Maembong mengakui sedar dengan keinginan peminat yang mahu melihatnya kembali kepada imej bertudung, dan memaklumkan akan berubah pada waktu yang sesuai.

Tegas Emma, dia tidak akan selamanya kekal dengan imej sekarang lebih-lebih lagi pernah tampil dengan imej menutup aurat selama lima tahun.

“Bagi saya setiap wanita Muslim beragama Islam, mereka semua mahu menuju ke arah kebaikan, begitu juga saya.

“Tiada siapa yang mahu berbuat jahat akan selamanya kekal dengan imej sebegitu (membuka aurat),” katanya memetik Kosmo Online.

Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail itu bagaimanapun sedar bukan mudah untuk berubah lebih-lebih lagi dikelilingi dengan masyarakat yang suka menjatuhkan hukum.

Kata Emma, dia akan kembali menutup aurat seiring dengan peningkatan usia yang kini sudah memasuki 30an.

“Saya pernah pakai tudung, insya-Allah satu hari nanti, mesti saya akan ke arah itu semula (menutup aurat). Bila tiba masanya saya akan pakai (hijab).

“Saya tidak akan selamanya begini sehingga ke tua. Saya pun mahu ke arah kebaikan kerana saya bukannya makin muda,” jelasnya.

Pelakon siri Bicara Hati itu sebelum ini mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung pada Januari 2019, setelah lima tahun membawa imej menutup aurat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here