JAKIM FC juara Liga Putrajaya 2022

0
2

KELAB bola sepak agensi pengurusan hal ehwal islam di peringkat persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM FC) muncul juara Liga Putrajaya 2022 dalam saingan terakhir liga malam tadi.

JAKIM FC mencatat keputusan seri 0-0 dengan pasukan EVO FC, sekaligus dinobatkan sebagai juara atas perbezaan enam jaringan dengan pasukan tangga kedua liga.

Turut memeriahkan perlawanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang menyaksikan dua pasukan itu beraksi.

JAKIM FC pimpinan Dr Zamihan berjaya membawa pulang Piala Liga Putrajaya dan wang tunai sebanyak RM5,000.

Dengan kemenangan itu membolehkan JAKIM FC layak beraksi ke slot kejohanan bola sepak Liga Malaysia ke-4 (M4) dan Piala Emas Raja-Raja Melayu tahun depan.

Bagaimanapun, pasukan tersebut memerlukan sokongan penajaan daripada syarikat korporat bagi memantapkan pengurusan pasukan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here