Kutipan untuk Nad Zainal dihentikan, dana sudah mencukupi

0
1

SUMBANGAN bagi membantu pelakon, Nad Zainal yang masih dirawat akibat paru-paru berdarah, dihentikan apabila jumlah dana terkumpul kini mencecah RM43,987.50.

Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad memberitahu sumbangan berkenaan sudah disalurkan ke dalam akaun bapa Nad, Zainal Abidin.

“Salam semua, mewakili ibu bapa Nad, kami ucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan industri yang menghulurkan bantuan ketika sahabat kita memerlukan.

“Sumbangan diterima daripada rakan artis, sahabat, guru dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), produser televisyen (TV), rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat.

“Sumbangan sebanyak RM43,987.50 sudah disalurkan kepada ayah Nad untuk urusan pembayaran bil hospital,” katanya menerusi InstagramStory, hari ini.

Sehubungan itu, tabung bantuan untuk Nad yang disalur ke akaun The Thespian Legacy, dihentikan.

“Terima kasih kepada semua atas doa dan sumbangan kepada sahabat kita.

“Semoga semua usaha kita dipermudahkan dan semoga sahabat kita kembali sihat,” katanya.

Difahamkan, setakat ini, tiada perkembangan terkini mengenai Nad selepas pelakon Cina Buta itu ditidurkan semula pada 2 Disember lalu berikutan paru-paru belum stabil. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here