Mesyuarat MKT Umno pertama malam ini selepas sertai Kerajaan Perpaduan

0
1

UMNO akan mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di ibu pejabat parti itu malam ini.

Ia mesyuarat pertama selepas enam ahli parti itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata mesyuarat MKT Umno malam ini adalah pertama kali selepas enam ahli parti itu menjadi Menteri.

“MKT Umno pertama selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohamad Hassan; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyertai kabinet Anwar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, walaupun Umno menyertai Kerajaan Perpaduan, namun ia mesti kekal memainkan peranan semak dan imbang kepada kerajaan.

“Tiada krompomi,” tegasnya.

Dalam pada itu, Mohd Puad turut mendesak kerajaan menyegerakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Tabung Haji.

“Kerajaan juga perlu didesak mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; saman isu Batu Putih selain perbicaraan adil untuk bossku (Datuk Seri Najib Razak).

“Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bantah kerana ia sesuai dengan tagline PN ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’,” katanya.

Menurutnya, PN mesti terbuka terhadap siasatan terperinci dakwaan salah kelola kewangan pada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

“Ini bukan soal balas dendam atau salah guna kuasa. Ini penggiliran mencari kebenaran.

“Dulu, orang lain kena siasat, kini engkau kena siasat. Apadahal. Jangan sloganis,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here