Kerajaan perlu konsisten bersama kaum Uighur – Mohamad Nazrin

0
1

ALUMNI Parlimen Belia Malaysia berharap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus memperjuangkan nasib kaum Uighur di China yang terus ditindas.

Presidennya Mohamad Nazrin Faiz, berkata Malaysia perlu terus memainkan peranan dalam mencari jalan penyelesaian terbaik bukan sahaja untuk kaum Uighur, malah kaum yang tertindas di negara lain.

“Alumni Parlimen Belia Malaysia kecewa krisis keganasan di China masih tidak kesudahan. Mereka perlu diberi hak untuk meneruskan kepercayaan mereka malah hidup dengan kepercayaan masing-masing, kerana ini adalah hak asasi manusia.

“Kami kecewa dengan layanan dan cara pihak berkuasa China mengambil peranan dan menyelesaikan permasalahan ini. Kami berharap Kerajaan Perpaduan yang baharu dibentuk ini terus konsisten bersama kaum Uighur yang teruk ditindas ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, selain isu penindasan kaum, Alumni Parlimen juga konsisten menjadi suara semak imbang kepada pihak kerajaan.

“Agar isu anak muda malah isu rakyat bukan sahaja di dalam negara akan kami sampaikan agar denyut nadi mereka akan didengari malah komuniti antarabangsa akan terus disuarakan.

“Kami akan terus berjuang untuk semua yang memerlukan kami,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here