Anwar arah MOF semak kemungkinan PN guna dana perjudian

0
1

SEBAHAGIAN dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) didakwa datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mengarah Kementerian Kewangan menyemak bagi mengesahkan sama ada dana pilihan raya untuk gabungan tersebut datang dari syarikat perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri menegur pentadbiran PN diketuai Bersatu dan PAS kerana menaikkan cabutan khas judi dari lapan kepada 22 kali setahun yang dibuat pada akhir 2020.

Jelasnya, selaku menteri kewangan, beliau telah memutuskan bilangan cabutan khas judi akan kembali dikurangkan kepada lapan kali setahun bermula tahun depan.

Anwar turut menjelaskan, Kementerian Kewangan mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here