KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) berada dalam tangan orang yang betul demi masa depan negara lebih baik, kata Datuk Dr Noraini Ahmad.
Noraini yang sebelum ini menerajui KPT turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin atas pelantikannya menerajui KPT.
Beliau yakin kementerian berkenaan akan dikelola dengan baik.
“Saya bangga kementerian berada di tangan yang selamat dan saya yakin semua inisiatif yang baik akan diteruskan untuk pelajar dan demi masa depan baik generasi negara ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Pada 2 Disember lalu, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi, menggantikan Noraini.
Mohamed Khaled pernah menjawat jawatan Menteri Pengajian Tinggi pada 2008 hingga 2013. – Malaysiapost

