567 mangsa banjir ditempatkan 9 PPS

0
2

JUMLAH mangsa banjir di tiga negeri yang terjejas iaitu Selangor, Perak dan Perlis dilaporkan meningkat dengan 567 mangsa membabitkan 157 keluarga sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan keseluruhan enam daerah terjejas dan sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

“Selangor merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dengan 295 mangsa daripada 76 keluarga di lima PPS membabitkan dua daerah yang terjejas iaitu Kuala Langat dan Sepang.

“Perak pula merekodkan seramai 268 mangsa daripada 78 keluarga di tiga PPS di daerah Hilir Perak; Larut, Matang dan Selama; dan Manjung, manakala Perlis mencatatkan seramai empat mangsa daripada tiga keluarga di Arau,” menurut NDCC.

NDCC turut melaporkan daripada sembilan PPS yang dibuka, satu daripadanya baru dibuka hari ini membabitkan PPS Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Trong di daerah Larut, Matang dan Selama. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here