Tular gambar Shah Rukh Khan tunai umrah

0
1

BINTANG Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan yang kini sedang dalam penggambaran filem Dunki di Arab Saudi, dilaporkan mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Gambar aktor itu menunaikan umrah mula tersebar di media sosial termasuk di fan pages Shah Rukh Khan.

Khabar itu dikuatkan lagi dengan ciapan di Twitter seorang wartawan dari Arab Saudi yang berkongsi foto pelakon itu sedang memakai pakaian ihram.

“Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan @iamsrk menunaikan umrah di #Mekah hari ini. Semoga Allah SWT menerima umrahnya. Ameen,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di media sosial, peminat juga memuat naik video rakaman pelakon Kuch Kuch Hota Hai itu yang sedang memakai pakaian ihram sambil diiringi beberapa orang lelaki.

Video itu dibanjiri dengan ucapan positif dan doa daripada peminatnya.

Filem Dunki yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun depan turut dibarisi oleh pelakon Taapsee Pannu.

Shah Rukh Khas juga akan muncul dengan dua filem terbaharu iaitu Pathaan yang akan ditayangkan pada 25 Januari 2023 dan Jawan pada 2 Jun 2023. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here