PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan barisan Kabinet kerajaan baharu pimpinannya pada jam 5 petang ini.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam hantaran Facebook, memaklumkan pengumuman itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran rasmi RTM dan Youtube rasmi PMO.
Terdahulu, media melaporkan, Anwar mengesahkan beliau akan mengumumkan barisan Jemaah Menteri kerajaan perpaduan pimpinannya lewat petang ini.
Perdana Menteri berkata, beliau telah mempersembahkan senarai anggota Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.
Beliau juga memberi jaminan tidak akan melantik terlalu ramai anggota Jemaah Menteri, begitu juga duta bertaraf menteri seperti kerajaan terdahulu. – Malaysiapost

