Teliti semula kuota diesel subsidi

0
1

Ben Ibrahim

KERAJAAN perlu meneliti semula kuota bekalan minyak diesel bersubsidi untuk pengusaha bot nelayan kelas C.

Ini kerana kuota disediakan sekarang tidak mencukupi bagi kegunaan lebih 200 bot pukat jerut yang beroperasi di Kuantan.

Wakil pengusaha bot, Teoh Boon Guan mendakwa kuota dibekalkan ketika ini hanya 3.1 juta liter sebulan.

“Jumlah itu biasanya habis menjelang 25 haribulan (setiap bulan) jadi bila (diesel) habis, kebanyakan nelayan tak dapat turun ke laut.

“Masalah ini bermula sejak Julai lalu dan sampai sekarang belum nampak penyelesaian,” katanya di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemunting, dekat Kuantan, hari ini.

Terdahulu, Boon Guan bersama pengusaha bot kelas C mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang dan Pengarah LKIM Pahang, Faizal Puasa bagi berbincang mengenai masalah itu.

Dalam pada itu, Chon Siang memaklumkan perkara berkenaan akan dibawa kepada perhatian kementerian berkaitan dalam kadar segera.

“Sekarang ini belum ada (menteri) Kabinet, jadi kita tunggu sehari dua lagi dan kalau tiada lagi menteri, saya akan bawa perkara ini terus kepada perhatian Perdana Menteri,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here