Putus cinta: ‘Saya minta maaf, saya tak cukup matang dan kuat’ – Janna Nick

0
1

PELAKON dan penyanyi, Janna Nick memohon maaf kepada peminat dan pengikut laman sosialnya yang ‘terganggu’ dengan ‘posting-posting’ terutama membabitkan kisah putus cintanya.

Menerusi hantaran terkini di Instagramnya, Janna memuatnaik tangkap layar mesej dipercayai dihantar seorang pengikut media sosialnya menegur penyanyi itu supaya ‘move on’.

“You’re so annoying (Awak sangat memualkan). Dah ‘break’ tu sudah la tak payah nak post macam-macam. ‘Quotes’ la, ‘photos’ la.

“Ia hanya memperlihatkan awak lagi teruk. Hormati bekas kekasih dan hubungan. Pastinya ia juga mempunyai kenangan yang indah, berhenti juga fokus kepada benda yang buruk,” tulis individu berkenaan.

Justeru, artis kelahiran Sungai Petani, Kedah itu memohon maaf dan mengakui dirinya tidak cukup matang dalam mengendalikan isu ‘putus cinta’ berkenaan.

“Saya minta maaf seandainya ‘posting-posting’ saya menyakitkan mata dan hati sesetengah orang. Saya sedar.. Saya tak cukup matang dan kuat untuk handle situation macam ni. I’m so sorry.

“Tapi saya berjanji saya akan kembali dengan lebih kuat. Hanya masa yang mampu menyembuh segalanya,” katanya.

Sebelum ini, bekas pengacara Melodi itu memuat naik status dalam Instagram seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta dengan kekasihnya, Dini Schatzmann.

Hubungan cinta pasangan itu mekar selepas terbabit dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here