Kenaikan tangga gaji polis tidak benar

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata poster tular mengenai pemakluman kenaikan tangga gaji Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kononnya dinyatakan beliau, adalah palsu.

Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini memaklumkan kenyataan itu yang tular menggunakan gambar Perdana Menteri di laman Facebook ketika ini, sebagai tidak benar.

JPM menerusi kenyataan ringkas memaklumkan poster bertajuk ‘PM-Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan Diumum Dalam Masa Terdekat’ adalah palsu.

“Maklumat seperti poster tersebut adalah palsu.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak sahih, tidak pasti jangan kongsi” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here