Keputusan PH beri laluan kepada BN di Tioman tak jejas proses undi

0
2
pru mpost banner

Ben Ibrahim

KERTAS undi bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) Tioman tidak berubah walaupun PH mengumumkan mereka memberi laluan kepada calon BN.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata, keputusan PH itu adalah atas berdasarkan persetujuan politik antara parti berkenaan dan BN serta tidak ada kaitan dengan SPR.

“Nama calon PH kekal atas kertas undi, tidak ada perubahan dan tidak ada lagi zaman nak tarik diri macam dulu.

“Tempoh bantahan atau tarik diri adalah dari jam 9 pagi hingga 10 pagi pada hari penamaan calon dan selepas itu tidak ada dah cara untuk tarik diri,” katanya ketika dihubungi di Kuantan, hari ini.

Zamree berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman PH memberi laluan kepada calon BN di Tioman pagi tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan Setiausaha Agung parti Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli.

Pilihan raya Tioman diadakan selepas seorang calon bagi DUN itu, Md Yunus Ramli, meninggal dunia beberapa jam sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15 dijalankan pada 19 November lalu.

Md Yunus, 61, adalah calon daripada PAS yang sepatutnya mewakili PN.

Dia pernah bertanding di kerusi berkenaan pada PRU 2018.

Selain Md Yunus, ada empat lagi calon berdaftar pada 19 November lalu adalah Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH), Osman A Bakar (Pejuang) serta Sulaiman Bakar (bebas).

Mohd Johari adalah penyandang kerusi tersebut.

PN mengemukakan Nor Idayu Hashim sebagai calon mereka bagi menggantikan tempat Md Yunus.

Ditanya jika Mohd Fadzli menang dalam pilihan raya itu, Zamree berkata, keputusan berkenaan adalah sah kerana namanya ada dalam kertas undi dikeluarkan SPR.

“Kalau dia menang, kira rezeki dialah, itu keputusan dibuat pengundi di situ,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here