Hashim Mustapha masih hidup, namun kembali kritikal

0
2

KELUARGA legenda bola sepak Kelantan menafikan Mohd Hashim Mustapha, 57, sudah meninggal dunia seperti khabar angin yang tersebar di aplikasi WhatsApp, hari ini.

Menantunya, Mohd Nizab Ayub berkata, sehingga kini bapa mentuanya masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan berada dalam keadaan kritikal.

Bagaimanapun, doktor memaklumkan supaya kami memanggil semua ahli keluarga,” katanya memetik Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu tular di aplikasi WhatsApp memaklumkan bekas penjaring terbanyak Liga Malaysia tahun 1993 itu sudah meninggal dunia.

Bekas penyerang Kelantan itu terpaksa ditidurkan oleh doktor akibat masalah komplikasi kencing manis.

Sementara itu isterinya, Zaheran Hussien, 52, berkata doktor menghubunginya pagi tadi memberitahu bacaan tekanan darah suaminya, menurun dengan mendadak.

Katanya lagi, sanak saudara juga diminta datang ke HUSM untuk bersedia dengan segala kemungkinan.

“Sebaik dihubungi doktor, saya bergegas datang dan dimaklumkan bahawa tekanan darahnya menurun.

“Buat masa ini kami tidak boleh menjangka apa-apa perkembangan positif sebaliknya meminta semua berdoa yang baik-baik,” katanya.

Zaheran turut terkilan dengan berita pemergian suaminya yang ditularkan sejak pagi tadi dan meminta agar orang ramai mendapatkan berita sahih, selain menghormati perasaan mereka sekeluarga.

Hashim pernah meraih anugerah kasut emas pada era 1990-an dalam saingan Liga Malaysia selain mewakili skuad kebangsaan.

Penyerang kelahiran Kota Bharu itu, pernah dilantik penolong jurulatih pasukan Kelantan pada 2010 sehingga 2012, dan pernah menjadi ketua jurulatih pasukan Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here