Pertembungan 6 penjuru di Padang Serai

0
1

PILIHAN Raya Umum ke-15 (PRU-15) Bahagian Parlimen Padang Serai yang ditangguhkan sebelum ini, akan menyaksikan persaingan enam penjuru.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai, Datuk Abdul Bari Abdullah, mengumumkan perkara itu selepas tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian calon-calon yang bertanding adalah calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Azman Nasrudin; calon Barisan Nasional (BN) Datuk Sivarraajh Chandran dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Hamzah Abdul Rahman.

Tiga lagi calon adalah Dr Mohamed Sofee Razak mewakili Pakatan Harapan (PH); calon Bebas, Sreanandha Rao dan Mohd Bakri Hashim mewakili parti Warisan.

Pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon yang telah disahkan bertanding sebelum ini iaitu M Karupaiya daripada PH pada 16 November lalu dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember depan dan pengundian awal 3 Disember, dengan tempoh berkempen selama 13 hari bermula selepas penamaan calon hari ini. – Malaysiapost

Kredit Foto: Kosmo/Shahir Noordin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here