Tipu kandungan surat, MCA desak Zahid letak jawatan

0
1
NILAI, 29 Jan -- Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berucap pada Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda 'The Duke Of Edinburgh's International Award' Untuk Pelajar Kolej Permata Insan 2017 di Universiti Sains Islam Malaysia hari ini. -- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

MCA percaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi layak memimpin Barisan Nasional (BN) sebagai Pengerusi.

Sehubungan itu Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon berkata MCA sekali lagi menggesa Ahmad Zahid meletak jawatan secara terhormat seterusnya digantikan dengan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Ia seperti yang disarankan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi,” katanya menerusi kenyataan petang ini.

Desakan itu dibuat susulan tular surat bertarikh 22 November 2022 menggunakan kepala surat BN ditandatangani Ahmad Zahid Hamidi, mengenai BN memberi sepenuh sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10.

Menurut Sin Woon, isi kandubgan surat tersebut bukanlah keputusan yang dibuat secara konsensus dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam.

Sebaliknya, tegas beliau, Dewan Tertinggi BN kekal dengan pendirian berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak buat masa ini.

“Apa yang berlaku dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam tadi, MCA dan parti-parti komponen BN telah mempersoal tindakan Ahmad Zahid yang dilihat secara jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan Dewan Tertinggi BN.

“Pada mulanya beliau cuba menafikan mengenai surat tersebut, namun mengakuinya selepas salah seorang anggota Dewan Tertinggi BN mengemukakan bukti sahih,” katanya.

Tambah Sin Woon, surat yang diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong itu secara jelas melanggar ketetapan Dewan Tertinggi BN dan dilihat mempersembahkan maklumat salah kepada Seri Paduka Baginda.

Terdahulu tular pula surat ditandatangani Ahmad Zahid menyatakan BN menyokong PH bagi membetuk kerajaan Persekutuan.

Surat dengan logo BN ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong, antara lain memaklumkan bahawa 30 Ahli Parlimen BN menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Kandungan surat tersebut turut menyebut apa-apa dokumen bertulis atau akuan daripada salah seorang daripada 30 Ahli Parlimen BN yang menamakan selain Anwar sebagai Perdana Menteri, adalah tidak sah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here