Surat palsu, Ahmad Zahid nafi letak jawatan

0
1

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menafikan satu kenyataan media tular mengenai peletakan jawatannya.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno turut memuat naik kenyataan palsu dalam hantaran Facebooknya hari ini memohon supaya jangan dikeruhkan lagi keadaan.

“Surat yang disebarkan seperti berikut (dipaparkan di laman Facebooknya) adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” katanya.

Kenyataan tular bertarikh 22 November itu menyatakan mengenai mesyuarat tergempar diadakan malam tadi dihadiri pemimpin utama setiap parti gabungan BN dan pemimpin tertinggi BN.

Beberapa keputusan turut dicapai dalam menentukan gabungan mana yang akan disokong BN.

Surat itu juga menyatakan Ahmad Zahid dengan berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno atas dasar tanggungjawab kekalahan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Malam tadi, BN mengadakan dua mesyuarat berasingan dipercayai bagi memuktamadkan sokongan kepada gabungan parti politik yang mungkin membentuk Kerajaan Persekutuan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here