Surat 30 Ahli Parlimen BN sokong Anwar jadi PM tular

0
1

KETIKA Barisan Nasional (BN) sudah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan, tular pula surat ia menyokong Pakatan Harapan (PH) bagi membetuk kerajaan Persekutuan.

Surat dengan logo BN bertarikh 22 November 2022 itu ditandatangani Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Tidak dapat dipastikan kesahihan surat tersebut dan Malaysiapost cuba mendapatkan pengesahan
beberapa pemimpin BN namun tiada sesiapa mahu memberi maklum balas.

Surat tular tiga muka surat itu antara memaklumkan kepada yang di-Pertuan Agong bahawa 30 Ahli Parlimen BN menyokong Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kandungan surat tersebut turut menyebut apa-apa dokumen bertulis atau akuan daripada salah seorang daripada 30 Ahli Parlimen BN yang menamakan selain Anwar sebagai Perdana Menteri, adalah tidak sah.

Surat tular tersebut turut dimuat naik oleh Ketua Umno bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di Facebooknya.

Menerusi hantaran itu, Anwar mempersoalkan kandungan surat tersebut kerana BN telah pun memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana pihak sebagai Perdana Menteri.

“Pengerusi BN mendakwa dan menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau telah mempengerusikan mesyuarat BN pada 22 November dan ia memutuskan semua 30 Ahli Parlimen bersetuju menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Kita sebaliknya dimaklumkan BN memutuskan tidak menyokong mana-mana calon. Siapakah yang berbohong di sini?

“Rakyat menuntut penjelasan pemimpin BN yang terlibat, khasnya ahli mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” katanya.

Tambah Annuar, jika surat kepada Yang di-Perrtuan Agong itu satu percubaan menipu Seri Paduka Baginda, ia kesalahan yang amat berat.

Katanya, ia kesalahan sama dilakukan individu sama seperti pada Oktober 2020 kononnya semua Ahli Parlimen BN ketika itu menyokong Anwar menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here