Polis tahan lelaki ancam bunuh Agong

0
1
Polis Di Raja Malaysia

POLIS menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang malam tadi.

Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Baginda.

Tangkapan layar kandungan itu turut tersebar di media sosial yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi hari ini mengesahkan penahanan tersebut.

Arjunaidi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berhubung kes berkenaan.

Semalam, tular menerusi media sosial tangkap layar Instagram Story dipercayai milik seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang mempersoalkan kewibawaan dan mengancam keselamatan Seri Paduka Baginda.

Tindakan lelaki berkenaan mengundang kemarahan orang awam dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atasnya. – Malaysaipost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here