Polis Pulau Pinang terima 33 laporan salah guna MyKad pada PRU15

0
2
PENANG 14/07/2021: Penang CPO Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain speaks to the press during the press conference regarding the recent drugbust here at Penang Police Contingent on July 14th. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN

POLIS Pulau Pinang menerima sebanyak 33 laporan berhubung insiden nama dan kad pengenalan (MyKad) digunakan oleh orang lain pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di negeri itu, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesalahan itu adalah antara 76 laporan yang diterima pihaknya dalam tempoh 5 hingga 19 November lalu.

“Sebanyak 28 kertas siasatan dibuka membabitkan kes nama dan MyKad namun tiada sebarang tangkapan setakat ini.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu menyamar sebagai pengundi sebenar yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda sehingga RM5,000,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Shuhaily, dalam tempoh terbabit, sebanyak 43 kertas diasatan telah dibuka dan empat kes berjaya diselesaikan apabila empat suspek telah dihadapkan ke mahkamah.

“Kita turut menerima satu laporan berhubung satu video ceramah pemimpin parti politik yang menyentuh sensitiviti agama yang tular di media sosial.

“Video itu turut menerima laporan daripada kontinjen lain termasuklah tiga di Kuala Lumpur, dua di Perak serta masing-masing satu di Pahang, Kelantan dan Sabah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here