PAS beri amaran jangan tangguk di air keruh, gugat keharmonian negara

0
1
Ir Khairil Nizam Khirudin

PAS sekali lagi memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh’ demi kepentingan rakyat dan negara.

Ketua Penerangannya, Khairil Nizam Khirudin, meminta semua pihak terus menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam.

Menurutnya, pihaknya turut menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.

“Kita semua tahu bahawa rakyat Malaysia telah membuat pilihan dan mereka juga mengharapkan demokrasi terus subur di negara kita yang tercinta ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak membina negara ini semula dan tidak ada yang menangguk di air keruh dalam situasi ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here