MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) Umno akan mengadakan mesyuarat khas malam ini, dipercayai berkaitan dengan kebuntuan dalam pembentukan kerajaan Persekutuan.
Mesyuarat di Menara Dato’ Onn di ibu negara bermula jam 8 malam itu akan dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Surat jemputan kepada media telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan. – Malaysiapost

