Annuar Zaini minta maaf kepada Bersatu Perak, akui nyatakan fakta tak sahih

0
1

AHLI Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini memohon maaf kepada Bersatu Perak berhubung dakwaannya parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

Beliau mengakui menulis perkara tidak sahih dalam sebuah kumpulan aplikasi WhatsApp berhubung perkara itu yang kemudian ditularkan.

“Kepada Datuk Zainol Fadzil saya sangat mohon maaf kerana memasukkan elemen tidak sahih yang disampaikan kepada saya.

“Saya mohon maaf di atas kesilapan fakta tersebut,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Terdahulu, Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu mengeluarkan kenyataan seperti didakwa.

Beliau berkata, pihaknya memang tidak mahu mengulas tetapi kenyataan itu menjadi tular dan menjatuhkan kredibiliti parti itu.

Menurutnya, beliau perlu memberi penjelasan bahawa tiada ADUN Bersatu mengeluarkan kenyataan seperti didakwa, iaitu jika Menteri Besar daripada PAS mereka akan keluar daripada PN.

Terdahulu, PN Perak menafikan dakwaan berlaku perebutan jawatan Menteri Besar Perak di antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausahanya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, tidak pernah timbul soal perebutan jawatan menteri besar di antara Pas Perak dan Bersatu Perak.

Menurutnya, sebarang keputusan sentiasa dibuat secara musyawarah di antara kesemua komponen PN. – Malaysipost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here