Zahid tidak boleh terlibat dalam rundingan bentuk kerajaan – KJ

0
1

BEKAS Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menuntut supaya rundingan pemimpin Umno dalam pembentukkan kerajaan baharu tidak melibatkan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tegasnya, tuntutan itu dibuat kerana merasakan Ahmad Zahid sudah tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden Umno.

Malah, Khairy menekan agar Presiden Umno itu segera berundur daripada jawatannya.

“Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan @DrZahidHamidi

“Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden Umno dan mesti undur segera.

“Beliau mungkin Presiden atas nama, tetapi beliau tidak mempunyai kuasa moral lagi untuk membuat keputusan bagi pihak Umno,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selesai bermesyuarat berhubung isu pembentukan kerajaan dan pencalonan Perdana Menteri Ke-10, di Ibu Pejabat Umno, Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Perbincangan itu berkaitan mencapai keputusan sama ada menyokong Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Turut hadir, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup; Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon serta Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here